Gua Niah terletak di pedalaman bandar Miri, Sarawak, Malaysia.

Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua.

Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun. Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara.


Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia. Keistimewaan Gua Niah merupakan sebuah gua yang terbesar di Malaysia dan penuh dengan sejarah. Ia juga merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Terletak kira-kira 90 kilometer atau 1 1/2 jam dari Miri, Sarawak, gua ini menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.
Lokasi: Miri Taman Negara Niah menjanjikan pemandangan yang memukau dan menakjubkan. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan penempatan manusia pada 40,000 tahun dahulu, dan mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia, kawasan perkuburan Paleolitik dan Neolitik serta ukiran-ukiran lukisan dinding era zaman besi. 

Gua Lukisan yang terletak berdekatan menempatkan lukisan dinding yang menceritakan perjalanan bot orang mati menuju kehidupan selepas kematian, termasuk sisa-sisa bangkai “death ships” yang bertaburan di atas lantai gua – keranda berbentuk bot (yang mana isinya telah dipindahkan ke Muzium Sarawak). 

Kawasan sekeliling gua ini pula dihiasi hutan tebal dan merupakan rumah kepada pelbagai sepsis tumbuhan dan hidupan liar. Sehingga kini, gua-gua ini masih kekal sebagai sebuah tempat penting bagi orang-orang dari komuniti tempatan, seperti sarang-sarang burung dan pengumpulan guano menjadi punca ekonomi penting bagi mereka.

 Gua Niah


Gua Niah merupakan sebuah tempat yang selesa dan sesuai jika anda ingin tinggal di sini beberapa hari, walaupun sesetengah tempat tarikan pelancong hanya dibuka pada waktu siang untuk pelawat. Taman Negara Niah terletak di Sungai Niah, kira-kira 3km dari pekan kecil Batu Niah, 110km di barat daya Miri. 

Taman ini mempunyai pusat pelancong dan tempat penginapan yang bagus, serta mudah untuk pelawat berjalan-jalan disekitarnya dengan kehadiran rangkaian plankwalk di seluruh taman. Sepasang kasut berjalan yang sesuai dan sebuah lampu picit merupakan barang penting yang harus dibawa – kawasan dalam gua tidak bercahaya dan plankwalk di sini agak licin kerana terdapat titisan air dan tahi kelawar dari bumbung gua. Topi juga perlu sebagai langkah berjaga-jaga. 

Pengunjung yang meninggalkan gua pada waktu matahari terbenam akan dapat melihat dua kumpulan awan hitam – satu merupakan kawanan burug layang-layang yang pulang ke sarang dan satu lagi sekumpulan kelawar yang keluar mencari makan pada waktu malam. Fungi-fungi bercahaya juga boleh dilihat mewarnai plankwalk pada waktu malam.