Bandaraya Miri, Sarawak

Bandar Raya Miri yang terletak di Miri, Sarawak merupakan bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandar raya. Miri mendapat kenaikan status ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". 

Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum. Sejarah Awal Pendudukan terawal manusia di kawasan ini pada zaman lampau 35,000 BC yang dikesan di Gua Niah. 

 Kuda Laut merupakan Ikon kepada Bandar Miri.

Bangsa/Kaum/Etnik Kumpulan populasi penduduk Bandaraya Miri terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik. 

Antara suku kaum yang terdapat di Miri ialah suku kaum Iban, Melayu (yang juga terdiri daripada pecahan orang Melayu asli, pengambil nama timangan oleh kaum Jatti Miriek, Daleik, dan orang Bakong), Cina, Kedayan, Berawan, Melanau, Lun Bawang/Lun Dayeh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Bidayuh, Penan, India, kelompok bangsa Serani dan penduduk asli yang lain. 

Agama/Kepercayaan Sesuai sebagai tempat yang menjadi tumpuan penduduk yang berbilang bangsa, kepelbagaian anutan agama turut wujud. Antaranya kepercayaan agama nenek moyang (kepercayaan roh dan kesukuan (tribal)), agama Kristian (Katolik, Methodist, Sidang Injil Borneo (SIB), Anglikan), Islam, Buddha, Hindu, kepercayaan Bahá'í dan kepercayaan minoriti yang lain.